Penerimaan Avatar: The Way of Water

Pecah panggung

Seminggu sebelum tayangan filem itu pada 16 Disember, Boxoffice Pro mengunjurkan hujung minggu pembukaan domestik di Amerika Utara menjadi $167–192 juta, dan mengunjurkan filem itu akan memperoleh $662–861 juta untuk jumlah pendapatan kasar domestiknya.[74]

Berkenaan dengan unjuran pecah panggung menurut James Cameron, dianggarkan disebabkan bajet yang hampir memecah rekod filem itu, The Way of Water perlu mengaut sekurang-kurangnya $2 bilion untuk pulang modal, dengan beliau mengakui bahawa: "Sangat [mahal]. [Filem ini mewakili] kes perniagaan terburuk dalam sejarah filem. Anda mesti menjadi filem ketiga atau keempat dengan kutipan tertinggi dalam sejarah. Itu ambang anda. Itulah wang pulangan anda."[75]

Tindak balas kritikal

Dalam tapak web agregat ulasan Rotten Tomatoes, 82% daripada 171 ulasan pengkritik adalah positif, dengan penilaian purata 7.2/10. Konsensus laman web itu berbunyi, "Secara naratif, ia mungkin sesuatu yang agak standard -- tetapi secara visual, Avatar: The Way of Water ialah pengalaman yang mengasyikkan."[76] Metacritic, yang menggunakan purata berpemberat, memberikan filem itu skor 69 daripada 100, berdasarkan 52 pengkritik, menunjukkan "ulasan secara umumnya menguntungkan".[77]

Rujukan

WikiPedia: Avatar: The Way of Water http://www.theaustralian.com.au/news/world/james-c... http://gulfnews.com/tabloid/celebrity/avatar-2-fan... http://herocomplex.latimes.com/movies/james-camero... http://latimesblogs.latimes.com/herocomplex/2010/0... http://www.mid-day.com/articles/art-director-aashr... http://www.movieweb.com/news/james-cameron-to-make... http://moviesblog.mtv.com/2010/01/08/avatar-sequel... http://moviesblog.mtv.com/2010/08/07/avatar-sequel... http://www.mtv.com/movies/news/articles/1535402/06... http://www.mtv.com/movies/news/articles/1628605/st...